Sunday, April 19, 2009

Taman Negara Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang dan berhadapan dengan Selat Melaka. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 400 km dan hanya 45 minit dari Pusat Bandar, Pulau Pinang.

Taman Negara terdiri daripada lima jenis habitat utama iaitu Hutan Pamah Dipterokap, Hutan Bukit Dipterokap, Hutan Paya Bakau, Laut Berpasir dan Tasik Meromiktik. Pintu masuk utama ke Taman Negar Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang. Pengunjung boleh datang ke Kaunter Penerangan Taman Negara di Teluk Bahang untuk mendaftar dan mendapatkan permit masuk ke Taman Negara.




Ia merupakan sebuah Taman Negara di kawasan metropolitan yang terdiri daripada kawasan hutan asli yang mengandungi pelbagai khazanah flora dan fauna.



Pintu masuk kedua ke Taman Negara Pulau Pinang pula terletak di Kuala Sungai Pinang di bahagian Balik Pulau. Untuk masuk ke Taman Negara, pengunjung perlu menaiki bot pelancong yang terdapat di sana. Untuk makluman, Kuala Sungai Pinang terdiri daripada kawasan hutan paya bakau. Lokasi tersebut sesuai bagi peminat- peminat burung untuk menjalankan aktiviti pemerhatian burung. Terdapat pelbagai spesies burung yang ada di sana. Antaranya adalah Lang Merah, Kedidi Kelicap, Pucung Keladi dan Lang Siput.

Taman Negara Pulau Pinang merupakan Taman Negara pertama yang ditubuhkan di bawah Akta Taman Negara 1980, Akta No.226 hasil keperihatinan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, NGO dan masyarakat tempatan tentang pentingnya melindungi kekayaan bio-diversiti di kawasan metropolitan.

















Keindahan pantai disebelah Taman Negara Pulau Pinang.





Salah satu tarikan utama yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang ialah Teluk Duyung dimana ia merupakan sebuah teluk yang luas yang dilindungi oleh Muka Head. Ia merupakan pantai yang terkenal dan digemari di kalangan pelancong. Umumnya, Teluk Duyung juga dikenali sebagai Monkey Beach yang merangkumi beberapa bidang tanah persendirian dan pernah ditanam dengan pokok- pokok kelapa dan durian. Di Teluk Duyung juga terdapat kawasan perkuburan lama yang menjadi maklumat penting tentang sejarah penempatan manusia awal di sini. Pengunjung dianggarkan akan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Teluk Duyung dari Sungai Tukun. Perjalanan ke sana adalah melalui sebuah rentis yang dilengkapi dengan beberapa buah jambatan yang merentasi gaung dan sungai kecil bagi memudahkan perjalanan pengunjung ke sana.

Pantai Kerachut pula merupakan sebuah pantai berpasir yang halus dan putih. Pantai ini juga terkenal sebagai tapak perkhemahan yang lengkap berkemudahan dan menjadi tumpuan ramai terutamanya hujunh minggu. Di sini juga terdapat sebuah Tasik Meromiktik di mana air tawar dari sungai bertemu dengan air laut lalu membentuk dua lapisan yang tidak bercampur. Selain itu terdapat santuari penyu disini kerana pantai ini juga merupakan tempat pendaratan penyu dari spesies Penyu Agar (chelonian mydas) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea). Kebanyakan pengunjung menggunakan laluan yang bermula dari Pusat Pandak dan seterusnya ke kanan melalui jambatan gantung sebelum melawati pesisir pantai. Perjalanan melalui laluan ini mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Pantai Kerachut.











Suasana pejlan kaki bersebelahan dengan alam hutan dan laut di Taman Negara Pulau Pinang.


Teluk Aling menempatkan Stesen Penyelidikan USM dan terdapat sebuah jeti di situ. Pantai yang sempit ini merupakan sebuah tanah milik persendirian dan digunakan untuk tujuan penyelidikan marin. Kawasan hutan di sekeliling stesen tersebut digunakan untuk kajian botani dan perhutanan yang lain. Perjalanan ke Teluk Aling dari Pasir Pandak mengambil masa selama setengah jam. Laluan persisir pantai yang kerap digunakan oleh pengunjung ialah laluan cabang dari Sungai Tukun.

Terdapat pulau di hadapan teluk duyung yang dikenali sebagai Pulau Tukun Tengah. Disitu terdapat dua buah kolam mandi bertingkat untuk pengunjung di Sungai Tukun. Kolam tersebut mendapat bekalan air dari hulu sungai.

Taman Negara Pulau Pinang dianggarkan berusia beribu- ribu tahun. Tiada umur spesifik yang diketahui. Hutan di Taman Negara ini adlaah hutan sekunder kesan daripada aktiviti pembalakan yang pernah dijalankan disini satu ketika dahulu.

Pada asalnya ia diwartakan sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh pada tahun 1928 yang diruskan oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang. Ia kemudiannya diwartakan pula sebagai Taman Negara pada 10 April 2003 dan kini dipertanggungjawabkan kepada Jabatan PERHILITAN.

Peranan Taman Negara Pulau Pinang adalah bagi memastikan kesinambungan saliran air bersih dengan kapasiti besar ke Empangan Teluk Bahang berterusan. Keduanya menawarkan peluang penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang genetik, spesies dan kepelbagaian ekosistem serta menerapkan konsep pembangunan mapan bagi masyarakat umum dan masyarakat setempat di Pulau Pinang khasnya.

Banyak lagi tempat menarik dapat dikunjungi oleh pengunjung disini jadi apa tunggu lagi datanglah bersama rakan- rakan dan keluarga ke Taman Negara Pulau Pinang khazanah bumi bertuah kita di Malaysia.

Berakhir destinasi pegunjung Tmaan Negara Pulau Pinang.

1 comment:

  1. salam..awak tahu tak macam mana nak ke pintu masuk taman negara?kalau saya naik bas..dia akan stop tak kat pintu masuk ni?

    kindly please reply eak.sebab sy perlu sgt info nie utk pergi ke kerachut..:)

    ReplyDelete