Sunday, April 19, 2009

Taman Negara Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang dan berhadapan dengan Selat Melaka. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 400 km dan hanya 45 minit dari Pusat Bandar, Pulau Pinang.

Taman Negara terdiri daripada lima jenis habitat utama iaitu Hutan Pamah Dipterokap, Hutan Bukit Dipterokap, Hutan Paya Bakau, Laut Berpasir dan Tasik Meromiktik. Pintu masuk utama ke Taman Negar Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang. Pengunjung boleh datang ke Kaunter Penerangan Taman Negara di Teluk Bahang untuk mendaftar dan mendapatkan permit masuk ke Taman Negara.




Ia merupakan sebuah Taman Negara di kawasan metropolitan yang terdiri daripada kawasan hutan asli yang mengandungi pelbagai khazanah flora dan fauna.



Pintu masuk kedua ke Taman Negara Pulau Pinang pula terletak di Kuala Sungai Pinang di bahagian Balik Pulau. Untuk masuk ke Taman Negara, pengunjung perlu menaiki bot pelancong yang terdapat di sana. Untuk makluman, Kuala Sungai Pinang terdiri daripada kawasan hutan paya bakau. Lokasi tersebut sesuai bagi peminat- peminat burung untuk menjalankan aktiviti pemerhatian burung. Terdapat pelbagai spesies burung yang ada di sana. Antaranya adalah Lang Merah, Kedidi Kelicap, Pucung Keladi dan Lang Siput.

Taman Negara Pulau Pinang merupakan Taman Negara pertama yang ditubuhkan di bawah Akta Taman Negara 1980, Akta No.226 hasil keperihatinan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, NGO dan masyarakat tempatan tentang pentingnya melindungi kekayaan bio-diversiti di kawasan metropolitan.

















Keindahan pantai disebelah Taman Negara Pulau Pinang.





Salah satu tarikan utama yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang ialah Teluk Duyung dimana ia merupakan sebuah teluk yang luas yang dilindungi oleh Muka Head. Ia merupakan pantai yang terkenal dan digemari di kalangan pelancong. Umumnya, Teluk Duyung juga dikenali sebagai Monkey Beach yang merangkumi beberapa bidang tanah persendirian dan pernah ditanam dengan pokok- pokok kelapa dan durian. Di Teluk Duyung juga terdapat kawasan perkuburan lama yang menjadi maklumat penting tentang sejarah penempatan manusia awal di sini. Pengunjung dianggarkan akan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Teluk Duyung dari Sungai Tukun. Perjalanan ke sana adalah melalui sebuah rentis yang dilengkapi dengan beberapa buah jambatan yang merentasi gaung dan sungai kecil bagi memudahkan perjalanan pengunjung ke sana.

Pantai Kerachut pula merupakan sebuah pantai berpasir yang halus dan putih. Pantai ini juga terkenal sebagai tapak perkhemahan yang lengkap berkemudahan dan menjadi tumpuan ramai terutamanya hujunh minggu. Di sini juga terdapat sebuah Tasik Meromiktik di mana air tawar dari sungai bertemu dengan air laut lalu membentuk dua lapisan yang tidak bercampur. Selain itu terdapat santuari penyu disini kerana pantai ini juga merupakan tempat pendaratan penyu dari spesies Penyu Agar (chelonian mydas) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea). Kebanyakan pengunjung menggunakan laluan yang bermula dari Pusat Pandak dan seterusnya ke kanan melalui jambatan gantung sebelum melawati pesisir pantai. Perjalanan melalui laluan ini mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Pantai Kerachut.











Suasana pejlan kaki bersebelahan dengan alam hutan dan laut di Taman Negara Pulau Pinang.


Teluk Aling menempatkan Stesen Penyelidikan USM dan terdapat sebuah jeti di situ. Pantai yang sempit ini merupakan sebuah tanah milik persendirian dan digunakan untuk tujuan penyelidikan marin. Kawasan hutan di sekeliling stesen tersebut digunakan untuk kajian botani dan perhutanan yang lain. Perjalanan ke Teluk Aling dari Pasir Pandak mengambil masa selama setengah jam. Laluan persisir pantai yang kerap digunakan oleh pengunjung ialah laluan cabang dari Sungai Tukun.

Terdapat pulau di hadapan teluk duyung yang dikenali sebagai Pulau Tukun Tengah. Disitu terdapat dua buah kolam mandi bertingkat untuk pengunjung di Sungai Tukun. Kolam tersebut mendapat bekalan air dari hulu sungai.

Taman Negara Pulau Pinang dianggarkan berusia beribu- ribu tahun. Tiada umur spesifik yang diketahui. Hutan di Taman Negara ini adlaah hutan sekunder kesan daripada aktiviti pembalakan yang pernah dijalankan disini satu ketika dahulu.

Pada asalnya ia diwartakan sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh pada tahun 1928 yang diruskan oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang. Ia kemudiannya diwartakan pula sebagai Taman Negara pada 10 April 2003 dan kini dipertanggungjawabkan kepada Jabatan PERHILITAN.

Peranan Taman Negara Pulau Pinang adalah bagi memastikan kesinambungan saliran air bersih dengan kapasiti besar ke Empangan Teluk Bahang berterusan. Keduanya menawarkan peluang penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang genetik, spesies dan kepelbagaian ekosistem serta menerapkan konsep pembangunan mapan bagi masyarakat umum dan masyarakat setempat di Pulau Pinang khasnya.

Banyak lagi tempat menarik dapat dikunjungi oleh pengunjung disini jadi apa tunggu lagi datanglah bersama rakan- rakan dan keluarga ke Taman Negara Pulau Pinang khazanah bumi bertuah kita di Malaysia.

Berakhir destinasi pegunjung Tmaan Negara Pulau Pinang.

Monday, March 2, 2009

"Back to School"...

Era zaman persekolahan pasti menggamit kembali kenangan pahit manis bagi setiap orang yang pernah melaluinya di mana mereka memakai pakaian beruniform, mendengar loceng waktu untuk rehat dan suasana makanan di kantin sekolah pasti menggamit kembali memori sewaktu di zaman persekolahannya.













Terik Matahari tidak menghalang pelajar untuk menimba ilmu di sekolah.


Masih teringat saya ketika berada di tingkatan 4 atau lebih dikenali sebagai waktu 'honey moon' di mana waktu tersebut adalah selepas menghadapi peperiksaan PMR, saya selalu berniaga kuih seperti karipap, dan donut untuk dijual kepada kawan- kawan kelas sebelum ke tapak perhimpunan.

Banyak ragam dapat dilihat pada waktu pagi hari di mana pelajar berpusu- pusu untuk masuk ke pagar sekolah dengan dihantar oleh ibu- bapa, mahupun menaiki kenderaan sendiri seperti basikal, motor dan sebagainya sebelum ditahan masuk oleh pengawas sekolah yang sedia menunggu di depan pintu pagar selepas pukul 7.30 pagi.












Suasana seperti ini pasti menggamit kembali memori zaman persekolahan kita.


Sering kali waktu persekolahan akan bermula dengan subjek pendidikan jasmani di mana para pelajar perlu menukar baju uniform sekolah mereka kepada baju sukan dan turun ke padang membuat larian padang sebanyak 2 kali serta membuat senaman atau bermain bola sehingga tamat waktunya.

Selalunya ibu bapa akan sibuk untuk membeli kelengkapan baru seperti baju sekolah, kasut, sarung kaki dan sebagainya bagi kelengkapan persediaan untuk anak mereka memulakan sesi persekolahan yang baru setiap tahun.












Kesibukkan pelajar di dalam mengharungi zaman persekolahan mereka diabadikan dalam kenangan apabila mereka mempunyai karier kelak.


Tidak dilupakan juga gelagat budak sekolah tadika yang menangis enggan untuk berpisah dengan ibu bapa sehinggakan mereka terpaksa menemani anak mereka sehingga tamat sesi persekolahan yang pertama.

Memori yang seperti ini adalah merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kita sampai bila- bila kerana ia merupakan asas kepada pembentukkan sahsiah diri dan diri kita pada masa kini.

Sunday, February 22, 2009

Pertanian Adalah Perniagaan...

'Berbudi kepada Tanah' adalah satu ungkapan yang terbaik digunakan kepada para usahawan yang telah menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka termasuklah para petani dimana hasil- hasil tanaman mereka itu akan dijual kepada orang ramai bagi mencari rezeki yang halal.

Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan.


Rezeki manusia dimana-mana sahaja sekiranya mereka ada kemahuan untuk mendapatkannya.



Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) adalah satu langkah yang bijak untuk menarik perhatian orang ramai akan kepentingan pertanian di dalam perniagaan. Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai tanah pertanian yang subur dan sumber alam yang kaya untuk membekalkan bahan makanan dan minuman kepada penduduknya. Sumber-sumber ini bukan sahaja mencukupi untuk rakyat negara ini tetapi juga di eksport ke luar negara.



Tanaman buah naga menjadi salah satu hasil eksport baru ke luar negara.


Kerajaan sentiasa berusaha mencari inisiatif baru dalam membangunkan sektor pertanian dan industri berasaskan tani demi memastikan pembangunan bidang terbabit seiring arus transformasinya. Justeru, pembangunan infrastruktur pertanian juga diberi keutamaan bagi memastikan pengusaha dapat memaksimumkan hasil yang diperoleh dan bergerak ke arah menjadi usahawan tani yang berjaya dan profesional.


Banyak program dan aktiviti dianjurkan bertujuan melahirkan Usahawan Tani supaya mereka menerajui perancangan untuk mengkomersialkan pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian bagi menambah produktiviti dan daya saing dalam dunia perniagaan yang kian kompetitif dan global.



Kerajaan mahu supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menanam dalam minda masing-masing bahawa sektor pertanian harus diuruskan sebagai satu entiti perniagaan.
Sesungguhnya, masih belum terlambat untuk anda menceburkan diri dalam bidang yang dianggap satu kaedah menjana pendapatan lumayan.


Seorang daripada peniaga yang memanfaatkan hasil tanah untuk dijual kepada orang ramai.

Sunday, February 15, 2009

Pencemaran Disana Sini...

Seringkali kita diigaukan dengan masalah pencemaran yang semakin hari semakin membelenggu kehidupan masyarakat dunia pada masa kini seiring dengan populasi manusia yang semakin bertambah membuatkan jumlah sampah yang dihasilkan turut bertambah tanpa kita sedari.

Namun tidak semestinya kita menyalahkan seratus peratus kepada populasi manusia yang semakin bertambah hari demi hari kerana sekiranya mereka dididik semenjak kecil lagi untuk tidak membuang sampah merata- rata tempat, masalah sebegini tidak akan berlaku.

Sampah sarap menjadi sebahagian daripada aktiviti beriadah pada masa kini.

Kita telah dibiasakan dengan membuang sampah yang kecil seperti kertas diluar tingkap rumah ataupun kereta tanpa memikirkan kesan nantijah kepada alam sekitar walaupun hanya sekeping kertas. Cuba kita membuat sampah walaupun sekeping kertas yang kecil di dalam rumah kita, pastinya ibu akan memarahi kita kerana tidak menjaga kebersihan di dalam rumah.


Namun sikap mereka tidak berubah apabila berada di persekitaran luar di mana mereka boleh membuang sampah sesuka hati kerana memikirkan bahawa tiada orang yang akan memarahi atau menegur mereka seperti keadaan di rumah mereka.





Botol- botol yang bergelimpangan menjadi bukti kepada kuranngnya kesedaran fizik dikalangan masyarakat.




Jika kita membandingkan negara malaysia dengan Negara Singapura, tahap kebersihan mereka jauh sekali lebih baik daripada kita membandangkan negara mereka mengenakan beberapa peraturan yang ketat terhadap orang yang membunag sampah merata- rata tempat walaupun gula- gula getah sekalipun akan dikenakan penaltinya.



Kesedaran terhadap pentingnya penjagaaan alam sekitar dan kesan terhadap pembuangan sampah sarap merata tempat perlu diambil berat oleh setiap masyarakat umum dimana mereka perlu membuka mata terhadap perilaku yang mereka lakukan bakal mengundang kesan negatif terhadap mereka sendiri terutamanya bakal generasi masa yang akan datang.

Sampah sarap juga telah menjadi sebahagian daripada tempat tinggal kita.

Monday, February 9, 2009

Keindahan Bandaraya Kuala Lumpur...

Kuala Lumpur merupakan satu nama yang tidak asing lagi dimata dunia yang mana kemajuannya yang semakin rancak pada masa kini telah membuatkan ianya menjadi salah satu bandar yang termaju diantara negara asian yang lain.

Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL telah mencapai tahap pembangunan yang amat memberangsangkan tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan, teknologi, dan lain-laini lagi. Proses modenisasi telah merubah kehidupan persekitaran rakyat Malaysia yang dahulu kalanya berteraskan kepada sektor pertanian kepada sektor perindustrian.












Keindahan bandaraya digabung bersama dengan alam semulajadi memberikan panorama yang indah bagi setiap pengunjung yang datang.

Daripada aspek pembangunan, banyak kewujudan bangunan besar antaranya ialah KLCC (Kuala Lumpur Convention Center) dan PWTC (Putra World Trade Center) merupakan pusat kepada asas pembangunan yang besar kepada negara Malaysia. Ia merupakan nadi kepada pembangunan manusia di bumi Malaysia yang semakin hari semakin ke hadapan berbeza dengan dahulu kala dimana Malaysia masih berada di dalam era yang agak ketinggalan zaman.


Mercu Kuala Lumpur megah berdiri di pusat bandar yang unggul di mata dunia.


Kebanyakkan panorama sekitar bandar Kuala Lumpur menggabungkan elemen alam semulajadi bagi mengekalkan kehijauan flora dimana bukan sahaja pegunjung boleh menikmati pemandangan indah bangunan- bangunan besar malah kehijauan alam semulajadi memberikan kenyamanan kepada pengunjung dalam dan luar negara.










Kesibukkan tengah bandaraya menghidupkan suasana kota metropolitan.

Tuesday, February 3, 2009

Harian Mahasiswa Masa Kini

Pelajar mempunyai tanggungjawabnya kepada ibu bapa untuk belajar dan mencapai keputusan yang amat dibanggakan. Oleh itu kehidupan seorang pelajar perlulah mempunyai sistem jadual yang seimbang serta terurus masakan masa itu boleh dikatakan emas terutamanya bagi kalangan pelajar.

Seorang mahasiswa perlu bijak didalam mengendalikan masanya berikutan mereka mempunyai waktu kelas pada setiap minggu dan beberapa aktiviti kolej dan kokurikulum perlu dihadiri.Disini saya ingin menumpukan kepada kehidupan seorang mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam tentang kehidupan harian bagi dikongsi bersama dengan para pembaca.

Saya tertarik untuk mengambil seorang pelajar dari jurusan perubatan dari UPM untuk membuat pemerhatian mengenai rutin kehidupan harian beliau memandangkan keputusan CGPA 3.75 keatas membuatkan saya ingin tahu bagaimana beliau membahagikan masa dengan pelajaran serta aktiviti riadah.


Rutin harian bermula setiap pagi di kolej yang diduduki oleh beliau.

Beliau memulakan hari dengan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam dengan bersembahyang subuh selepas bangun daripada tidur. Kemudiannya beliau akan menyemak beberapa asigment yang telah dibuat pada malam semalam bagi memastikan tiada kesilapan yang tertinggal dan menyemak sekiranya ada tugasan yang tertinggal.




Aktiviti riadah diamalkan setiap petang bagi menjamin kesihatan sebagai pelajar yang aktif sepanjang.


Beliau menyatakan yang semester ini merupakan semester yang padat memandangkan banyak keperluan berkredit perlu dilangsaikan bagi semester ini jadi setiap pagi hingga ke petang masanya hanya ditumpukan kepada pengajian di dalam kelas.Walaupun penat sehari suntuk menelaah pelajaran, beliau tetap mempunyai masa untuk beriadah bagi merehatkan minda dan fizikal dengan melalui senaman joging di kawasan rekreasi. Ini merupakansatu aktiviti sihat bagi mahasiswa untuk mengelakkan daripada stress terhadap asigment ataupun tekanan untuk menghadapi peperiksaan.











Perpustakaan merupakan rumah kedua untuk beliau menuntut ilmu pada sebelah malam

Pada sebelah malamnya pula beliau banyak menghabiskan waktu ke perpustakaan bagi tujuan mencari bahan rujukan serta maklumat bagi membantunya untuk menyiapkan tugasan asigment yang diberi serta sebagai panduan kepada peperiksaan yang akan dihadapinya.Kesimpulan yang boleh saya buat ialah sebagai seorang pelajar, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar kita ke Universiti mahupun tempat- tempat belajar yang lain,kerana niat dan keiklasan kita untuk menuntut ilmu adalah asas penentu kepada kejayaan seseorang pelajar tersebut di menara gading kelak.insyallah...




Bahan rujukan yang telah disediakan diambil peluang oleh beliau untuk mendapat maklumat tambahan selain daripada penggunaan internet.

Saturday, January 24, 2009

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya(Kerakusan Manusia)...

Kerakusan dalam menghayati keindahan alam membuatkan sampah sarap menjadi sebahagian dari simbol panorama keindahan manusia.


Sampah sarap yang dibuang sewenang- wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadi petanda kepada kerakusan manusia yang semakin menjadi- jadi.



Panaroma indah seperti ini dicacatkan oleh rakusan manusia yang sering mengambil mudah akan kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan mereka.



Benarkah sifat kasih sayang terhadap alam sekitar semakin tandus di kalangan pemikiran insan yang bergelar khalifah di muka bumi ini? Lihat sahaja daripada kepingan gambar yang diambil sekitar tasik di utara tanah air. Panoramanya yang cukup indah sekali, dicacatkan dengan beberapa kepingan kertas akhbar, tin- tin kosong, dan beberapa barang yang telah tidak digunakan lagi menghiasi tasik indah kurniaan Ilahi.

Perlu diketahui bahawa setiap tindakan kita akan mempunyai kesan pro dan kontra di mana ia merupakan satu hukum alam yang tidak dapat dinafikan oleh pemikiran waras manusia yang sering mengambil mudah akan setiap perilakunya di atas muka bumi ini.

Sampah itu wang, sampah itu alam sekitar, adakah kita sedar akan kenyataan ini?Namun, disinilah pertimbangannya. Sampah itu akan jadi apa yang kita fikirkan. Bagaimana? Kita sebagai ahli masyarakat perlu sedar akan hakikat ini. Para pembaca yang budiman, kitar semula adalah jawapannya. Mengapa? anda perlu faham bahawa apa yang kita buang adalah sesuatu yang sudah tidak berguna lagi bagi kita. Tetapi ingat, ini bukan bermaksud ia tidak boleh diguna pakai lagi. Betul ke? para pembaca sekalian, kita di Malaysia menghasilkan sampah 30 000 tan sampah sehari yang mana sampah yang kita buang mempunyai pelbagai kategori. Untuk pengetahuan, hanya 5% sampah yang dikitar semula dan 95% dilupus begitu sahaja.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-

  • Kesihatan manusia terjamin
  • Tarikan pelancong asing
  • Pembekalan udara yang segar
  • Ekosistem yang stabil
  • Habitat hidupan darat dan air terpelihara
  • Mengelakkan kepupusan

Harus diingatkan bahawa alam semulajadi adalah tanggungjawab kita bersama untuk dijaga dan singkirkan tabiat rakus dan mementingkan diri sendiri kerana orang lain juga berhak untuk menikmati keindahan tersebut. Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk tidak mengamalkan sikap rakus terhadap keindahan alam sehinggakan alpa terhadap kebajikannya untuk menjaganya kerana harus diingat bahawa kesan jangka panjang akan dialami oleh generasi masa akan datang kerana alam semulajadi mungkin pupus apabila manusia mula rakus di dalam mengejar keindahannya hanya kerana kepentingan diri mereka sendiri.