Monday, March 2, 2009

"Back to School"...

Era zaman persekolahan pasti menggamit kembali kenangan pahit manis bagi setiap orang yang pernah melaluinya di mana mereka memakai pakaian beruniform, mendengar loceng waktu untuk rehat dan suasana makanan di kantin sekolah pasti menggamit kembali memori sewaktu di zaman persekolahannya.













Terik Matahari tidak menghalang pelajar untuk menimba ilmu di sekolah.


Masih teringat saya ketika berada di tingkatan 4 atau lebih dikenali sebagai waktu 'honey moon' di mana waktu tersebut adalah selepas menghadapi peperiksaan PMR, saya selalu berniaga kuih seperti karipap, dan donut untuk dijual kepada kawan- kawan kelas sebelum ke tapak perhimpunan.

Banyak ragam dapat dilihat pada waktu pagi hari di mana pelajar berpusu- pusu untuk masuk ke pagar sekolah dengan dihantar oleh ibu- bapa, mahupun menaiki kenderaan sendiri seperti basikal, motor dan sebagainya sebelum ditahan masuk oleh pengawas sekolah yang sedia menunggu di depan pintu pagar selepas pukul 7.30 pagi.












Suasana seperti ini pasti menggamit kembali memori zaman persekolahan kita.


Sering kali waktu persekolahan akan bermula dengan subjek pendidikan jasmani di mana para pelajar perlu menukar baju uniform sekolah mereka kepada baju sukan dan turun ke padang membuat larian padang sebanyak 2 kali serta membuat senaman atau bermain bola sehingga tamat waktunya.

Selalunya ibu bapa akan sibuk untuk membeli kelengkapan baru seperti baju sekolah, kasut, sarung kaki dan sebagainya bagi kelengkapan persediaan untuk anak mereka memulakan sesi persekolahan yang baru setiap tahun.












Kesibukkan pelajar di dalam mengharungi zaman persekolahan mereka diabadikan dalam kenangan apabila mereka mempunyai karier kelak.


Tidak dilupakan juga gelagat budak sekolah tadika yang menangis enggan untuk berpisah dengan ibu bapa sehinggakan mereka terpaksa menemani anak mereka sehingga tamat sesi persekolahan yang pertama.

Memori yang seperti ini adalah merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kita sampai bila- bila kerana ia merupakan asas kepada pembentukkan sahsiah diri dan diri kita pada masa kini.

No comments:

Post a Comment