Pelajar mempunyai tanggungjawabnya kepada ibu bapa untuk belajar dan mencapai keputusan yang amat dibanggakan.
Seorang mahasiswa perlu bijak didalam mengendalikan masanya berikutan mereka mempunyai waktu kelas pada setiap minggu dan beberapa aktiviti kolej dan kokurikulum perlu dihadiri.Disini saya ingin menumpukan kepada kehidupan seorang mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam tentang kehidupan harian bagi dikongsi bersama dengan para pembaca.
Saya tertarik untuk mengambil seorang pelajar dari jurusan perubatan dari UPM untuk membuat pemerhatian mengenai rutin kehidupan harian beliau memandangkan keputusan CGPA 3.75 keatas membuatkan saya ingin tahu bagaimana beliau membahagikan masa dengan pelajaran serta aktiviti riadah.
Rutin harian bermula setiap pagi di kolej yang diduduki oleh beliau.
Beliau memulakan hari dengan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam dengan bersembahyang subuh selepas bangun daripada tidur. Kemudiannya beliau akan menyemak beberapa asigment yang telah dibuat
Aktiviti riadah diamalkan setiap petang bagi menjamin kesihatan sebagai pelajar yang aktif sepanjang.
Beliau menyatakan yang semester ini merupakan semester yang padat memandangkan banyak keperluan berkredit perlu dilangsaikan bagi semester ini jadi setiap pagi hingga ke petang masanya hanya ditumpukan kepada pengajian di dalam kelas.Walaupun penat sehari suntuk menelaah pelajaran, beliau tetap mempunyai masa untuk beriadah bagi merehatkan minda dan fizikal dengan melalui senaman joging di kawasan rekreasi. Ini merupakansatu aktiviti sihat bagi mahasiswa untuk mengelakkan daripada stress terhadap asigment ataupun tekanan untuk menghadapi peperiksaan.
Perpustakaan merupakan rumah kedua untuk beliau menuntut ilmu pada sebelah malam
Pada sebelah malamnya pula beliau banyak menghabiskan waktu ke perpustakaan bagi tujuan mencari bahan rujukan serta maklumat bagi membantunya untuk menyiapkan tugasan asigment yang diberi serta sebagai panduan kepada peperiksaan yang akan dihadapinya.Kesimpulan yang boleh saya buat ialah sebagai seorang pelajar, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar kita ke Universiti mahupun tempat- tempat belajar yang lain,kerana niat dan keiklasan kita untuk menuntut ilmu adalah asas penentu kepada kejayaan seseorang pelajar tersebut di menara gading kelak.insyallah...
No comments:
Post a Comment