Saturday, January 24, 2009

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya(Kerakusan Manusia)...

Kerakusan dalam menghayati keindahan alam membuatkan sampah sarap menjadi sebahagian dari simbol panorama keindahan manusia.


Sampah sarap yang dibuang sewenang- wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadi petanda kepada kerakusan manusia yang semakin menjadi- jadi.



Panaroma indah seperti ini dicacatkan oleh rakusan manusia yang sering mengambil mudah akan kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan mereka.



Benarkah sifat kasih sayang terhadap alam sekitar semakin tandus di kalangan pemikiran insan yang bergelar khalifah di muka bumi ini? Lihat sahaja daripada kepingan gambar yang diambil sekitar tasik di utara tanah air. Panoramanya yang cukup indah sekali, dicacatkan dengan beberapa kepingan kertas akhbar, tin- tin kosong, dan beberapa barang yang telah tidak digunakan lagi menghiasi tasik indah kurniaan Ilahi.

Perlu diketahui bahawa setiap tindakan kita akan mempunyai kesan pro dan kontra di mana ia merupakan satu hukum alam yang tidak dapat dinafikan oleh pemikiran waras manusia yang sering mengambil mudah akan setiap perilakunya di atas muka bumi ini.

Sampah itu wang, sampah itu alam sekitar, adakah kita sedar akan kenyataan ini?Namun, disinilah pertimbangannya. Sampah itu akan jadi apa yang kita fikirkan. Bagaimana? Kita sebagai ahli masyarakat perlu sedar akan hakikat ini. Para pembaca yang budiman, kitar semula adalah jawapannya. Mengapa? anda perlu faham bahawa apa yang kita buang adalah sesuatu yang sudah tidak berguna lagi bagi kita. Tetapi ingat, ini bukan bermaksud ia tidak boleh diguna pakai lagi. Betul ke? para pembaca sekalian, kita di Malaysia menghasilkan sampah 30 000 tan sampah sehari yang mana sampah yang kita buang mempunyai pelbagai kategori. Untuk pengetahuan, hanya 5% sampah yang dikitar semula dan 95% dilupus begitu sahaja.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-

  • Kesihatan manusia terjamin
  • Tarikan pelancong asing
  • Pembekalan udara yang segar
  • Ekosistem yang stabil
  • Habitat hidupan darat dan air terpelihara
  • Mengelakkan kepupusan

Harus diingatkan bahawa alam semulajadi adalah tanggungjawab kita bersama untuk dijaga dan singkirkan tabiat rakus dan mementingkan diri sendiri kerana orang lain juga berhak untuk menikmati keindahan tersebut. Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk tidak mengamalkan sikap rakus terhadap keindahan alam sehinggakan alpa terhadap kebajikannya untuk menjaganya kerana harus diingat bahawa kesan jangka panjang akan dialami oleh generasi masa akan datang kerana alam semulajadi mungkin pupus apabila manusia mula rakus di dalam mengejar keindahannya hanya kerana kepentingan diri mereka sendiri.